Amirul Shamel mahu gegar dunia Muay Thai satu hari nanti

314

Atlet Muay Thai muda, Amirul Shamel Zulkafli memasang impian untuk cipta nama di peringkat antarabangsa satu hari nanti.

Amirul berkata demikian selepas tamat pertarungan Muay Thai dalam kejohanan yang dianjurkan bersempena dengan Hari Sukan Negara (HSN) yang berlangsung di Putrajaya hari ini.


Dalam pertarungan tersebut, Amirul berjaya menumbangkan lawanya di pusingan kedua dengan keputusan TKO (Technical knockout) yang menyaksikan lawannya terpaksa dikejarkan ke hospital sebab kecederaan di tulang rusuk.

“Ya memang pada pusingan pertama saya ketinggalan 9-10 kerana ketika itu saya mahu lihat macam mana dia main dulu.

Jadi masuk pusingan kedua baru saya tunjukkan permainan sebenar saya dan tujahan kaki ke rusuk lawan menyebabkan beliau tumbang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau beraksi dalam kategori bawah 45KG bagi usia bawah 16 tahun.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai penglibatannya dalam sukan Muay Thai, Amirul berkata tahun ini merupakan tahun kelapannya aktif dalam dunia sukan tempur.

Menjadikan bintang Muay Thai dari Thailand iaitu Saenchai sebagai idola, Amirul berharap satu hari nanti beliau dapat bersinar di peringkat antarabangsa.

“Impian saya adalah mahu beraksi di peringkat antarabansa sekaligus dapat harumkan nama Malaysia di persada dunia.”