Ikutkan kami memang nak main di padang yang sudah tersedia dua tiga tahun – Corbin Ong

342

Pertahanan kebangsaan, Corbing Ong tidak terlalu risau dengan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 menentang Taijikistan Selasa ini.

Katanya, kedua-dua pasukan akan bermain di padang yang sama, dan percaya keadaan padang akan menjadi lebih baik.


“Perlawanan sebelum ini agak sukar, padang baik tetapi tidak cukup masa untuk rumput matang, saya tidak terlalu risau dengan keadaan padang kerana kedua-dua pasukan akan beraksi di padang yang sama.

Kalau ikutkan kami memang nak bermain di padang yang sudah tersedia dua tiga tahun tetapi ia tidak berlaku, peminat harus tahu bahawa keadaan padang akan menjadi lebih baik dengan masa yang cukup,”

katanya.

Beliau menegaskan bahawa perlawanan Selasa ini akan menjadi berbeza berbanding ketika King’s Cup tahun lalu yang menyaksikan Malaysia tewas pada penentuan sepakan penalti.

Katanya, semua pemain berkobar-kobar untuk menghadiahkan trofi Pestabola Merdeka 2023 kepada peminat.

“Perlawanan ketika King’s Cup memang sukar sebab ketika itu hujan agak lebat dan saya rasa kedua-dua pasukan tak dapat bermain bola sepak yang dimahukan.

Mereka adalah pasukan yang agresif, mempunyai fizikal yang besar dan kuat tetapi kali ini ia akan menjadi perlawanan yang berbeza.”

Sementara itu, mengenai posisinya di bahagian pertahanan kiri, beliau tidak merasakan bahawa tidak banyak pemain yang mampu memberi saingan kepadanya di posisi itu.

Katanya, Malaysia mempunyai ramai pertahanan kiri yang sama taraf dan mungkin lebih baik daripadanya, dan ia membuatkan beliau sentiasa meningkatkan prestasi diri.