Jika anda tak menang lawan kami esok, bila lagi? Takkan bila kami main dengan lima pemain – Petar Segrt
Ketua jurulatih Taijikistan, Petar Segrt menyifatkan Malaysia mempunyai kelebihan untuk menewaskan pasukannya pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka esok.
Katanya, Taijikistan hadir tanpa 15 pemain di mana tujuh daripadanya adalah kunci kepada pasukan disebabkan kelab meminta untuk tidak dilepaskan, selain Malaysia mempunyai kelebihan sebagi tuan rumah.
“Kami hadir ke sini tanpa 15 pemain utama kerana Istiklol minta tolong kepada kami supaya tidak panggil pemain mereka disebabkan mahu fokus kepada AFC Champions League, kami mungkin adalah pasukan kebangsaan termuda dengan purata usia 21.1 tahun.
Saya tahu Malaysia main dengan lebih baik di sini, kamu ada kelebihan di gelanggang sendiri, jika anda tidak menang esok bila lagi anda nak menang lawan kami? Bila kami main dengan lima pemain?”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media menjelang perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) esok.
Segrt turut memuji kualiti dan peningkatan yang ditunjukkan oleh Malasyia dalam tempoh dua tahun ini menjadi sebuah pasukan yang lebih kuat berbanding dulu.
Dalam pada itu, beliau berharap supaya kualiti pengadil pada perlawanan esok lebih baik berbanding perlawanan antara Malaysia menentang India sebelum ini.
“Saya ada bercakap dengan Igor Stimac (ketua jurulatih India), Malaysia main dengan baik tetapi mungkin bertuah disebabkan keputusan pengadil.
Saya harapkan esok pengadil akan membuat keputusan yang betul, tetapi Malaysia adalah sebuah pasukan yang baik dan saya suka gaya permainan Malaysia.”
Tambahnya, beliau teruja untuk bermain di SNBJ kerana tahu atmosfera yang akan dialami, dan berkata ia akan menjadi satu pengalaman yang menakjubkan untuk pemainnya.