Kita dominasi perlawanan cuma tidak bernasib baik dari segi penyudah – Matthew Davies

167

Pertahanan kebangsaan, Matthew Davies menganggap Malaysia tidak bernasib baik tewas kepada Taijikistan pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 walaupun menguasai perlawanan.

Katanya, bermain di gelanggang sendiri membuatkan mereka lebih kuat dan mampu menguasai perlawanan tetapi tidak memanfaatkan peluang yang ada.


“Saya rasa hari ini kita dominan kerana bermain di gelanggang sendiri, kita ada peluang dan kualiti cuma kita tiada penyudah, dan mereka gunakan ‘counter attack’ untuk membalas serangan kita.

Bagi saya kita tiada rezeki hari ini, tetapi apa-apa pun kita fokus kepada kelayakan Piala Dunia pula selepas ini,”

katanya.

Beliau mengakui kecewa tidak dapat membantu Malaysia mencatatkan kemenangan walaupun mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

Tambahnya, terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki sebelum kelayakan Piala Dunia November nanti.

Davies mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir pada malam ini dan berharap sokongan akan terus diberikan pada kelayakan Piala Dunia serta Piala Asia akan datang.