Kita patut dapat banyak lagi gol, harus baiki bahagian penyudah – Fatin Shahidah

113

Pemain pasukan bola sepak Malaysian University, Fatin Shahidah merasakan bahawa mereka harus mempertajamkan lagi penyudah di depan gol bagi memastikan peluang yang dicipta tidak sia-sia.

Katanya, Malaysian University sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol ketika bertemu Selangor FC sebentar tadi, namun penyudah tidak cukup baik.


“Mungkin lepas ini kita harus pertajamkan lagi penyudah, kerana saya sendiri ada beberapa peluang cuma tidak tepat ke sasaran.

Kita rasa boleh dapat gol lebih lagi sebenarnya kerana mempunyai banyak peluang, tetapi kami tidak dapat menyudahkan peluang tersebut,”

katanya kepada Harimau Malaya

Beliau berkata demikian selepas membantu pasukannya menundukkan Selangor 2-0 dalam aksi Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi.

Fatin merasakan bahawa prestasinya kini semakin meningkat setelah liga berehat panjang sebelum ini.

“Saya rasa prestasi saya sudah makin meningkat selepas rehat sebulan ini, saya harap dapat lakukan yang terbaik untuk pasukan ini.

Bagi saya pasukan ini menunjukkan prestasi yang baik kerana majoriti umur semua adalah muda.”

Beliau menyasarkan untuk meraih tiga mata lagi pada perlawanan seterusnya menentang Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) pada Sabtu ini.