Kekalahan ini satu pengajaran, kita perlu perbaiki komunikasi – Felicia Adele
Pembantu ketua jurulatih pasukan wanita Selangor FC, Felicia Adele mahu bangkit daripada tewas kepada Malaysian University pada aksi Liga Wanita Nasional (LWN) malam ini menjelang perlawanan seterusnya.
Beliau tekad mahu kembali bangkit dan meraih tiga mata bagi mengembalikan semula semangat pemain.
“Ia adalah satu kekalahan yang sukar buat kami, ia adalah satu pengajaran yang kami harus belajar dan lihat ke hadapan.
Apa yang kami mahukan adalah kembali dapatkan tiga mata selepas ini, bangkit kembali dan kembalikan semula semangat,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Beliau berkata demikian selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Malaysian University di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi.
Katanya, mereka harus memperbaiki komunikasi antara pemain menjelang perlawanan seterusnya.
“Kita buat banyak serangan tadi tetapi tiada pemain yang cukup di hadapan, itu adalah salah satu perkara yang kita perlu lihat menjelang perlawanan seterusnya.
Ia adalah satu pengajaran buat kami, sebagai satu pasukan, komunikasi adalah penting.”