Ruoning Yin tak fikir nak rampas semula kedudukan No.1 LPGA, mahu ‘enjoy’ bermain di Maybank Championship

180

Pemain golf profesional wanita China, Ruoning Yin memberitahu bahawa turun beraksi dalam kejohanan Maybank Championship 2023 tanpa tekanan sebaliknya akan ‘enjoy’ kejohanan ini tanpa memikirkan mahu rampas semula kedudukan No. 1 LGPA.

“Minggu ini ramai rakan-rakan sahaja mengantar mesej kepada saya berkata minggu ini saya berpeluang untuk rampas semula kedudukan No.1 tapi bagi saya, saya masih lagi sedang melakukan perubahan swing saya.

Jadi saya mahu ‘enjoy’ permainan saya di Malaysia dan cuba bermain sebaik mungkin. Saya tidak akan fikir mengenai kedudukan No.1 itu,”

katanya.

Bercerita lanjut mengenai cuaca panas di Malaysia, Yin tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca kerana ia hampir sama dengan cuaca pada musim panas di Shanghai, China.


Dalam pada itu, beliau yang pertama kali turun berlatih pada hari ini mengakui lapangan West Course di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) mencabar dengan fairway yang sempit.

“Hari ini adalah hari pertama saya bermain di lapangan dan saya rasa lapangan ini sangat sempit dan green kecil tapi kondisi lapangan cukup baik.”

Selain Yin, kejohanan ini turut disertai oleh ramai pemain terkemuka LPGA seperti Nelly Korda, Celine Boutier, Lydia Ko, pemain sensasi Malaysia, Kelly Tan dan ramai lagi.

Maybank Championship akan membuka tirai esok 26 hingga 29 Oktober.