Natasha Andrea Oon terpaksa akur tamatkan hari kedua dengan 1 dibawah par

151

Pemain golf profesional negara, Natasha Andrea Oon memberitahu beliau pada mulanya berasa yakin mampu mendapatkan skor rendah pada hari kedua Maybank Championship 2023 tapi terpaksa akur apabila hanya mampu bermain satu di bawah par sahaja.

Dengan 71 pukulan hari kedua, Natasha mengumpul 141 pukulan keseluruhan untuk meletakkan dirinya di kedudukan T-37 buat masa ini dengan dua dibawah par.


“Highlight untuk saya hari ini apabila berjaya dapatkan birdie pada lubang ke-15. Tapi permainan saya hari ini sedikit kurang baik dengan saya membuat beberapa bogey tapi saya cuba bangkit untuk dapatkan semula momentum.

Saya harap hari ini saya dapat bermain dengan skor lebih rendah kerana bermula dengan agak baik tapi sebaliknya.

Apa-apa pun saya terpaksa akur kerana aksi saya hari ini kurang baik dan okay juga,”

katanya.

Natasha turut mengakui lapangan pada hari ini sedikit berbeza dari semalam kerana pin diletakkan di tempat yang agak sukar.

Beliau turut berkata kondisi lapangan berada dalam keadaan yang sama seperti semalam biarpun pada hari pertama hujan turun lebat pada sebelah petang.

Dalam pada itu, menjelang aksi hari ketiga esok Natasha memberitahu beliau akan tidak akan melakukan perubahan strategi permainannya.

“Saya akan bermain seperti biasa tetapi untuk esok mungkin saya perlu perbaiki putting saya kerana hari ini putting saya banyak yang tersasar dari lubang.”

Sementara itu, beliau juga tidak meletak sebarang sasaran untuk menamatkan kejohanan ini di tempat ke berapa kerana dalam golf apa sahaja boleh berlaku.

“Saya tidak letak sebarang sasaran tapi tiada apa yang mustahil kerana saya masih ada baki 36 lubang dan masih berpeluang untuk mendapatkan birdie untuk memperbaiki skor nanti.”

Maybank Champions 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) membukan tirainya pada 26 hingga 29 Oktober ini.