Kondisi green yang lembut buat Celine Boutier dapat main lebih agresif
Pemain golf No.5 dunia, Celine Boutier mempamerkan aksi cemerlang apabila menamatkan hari kedua Maybank Championship 2023 dengan skor terendah iaitu lapan di bawah par selepas mengumpul 64 pukulan.
Aksi cemerlangnya itu telah meletakkan beliau kini berada di kedudukan T3 bersama dua lagi pemain lain iaitu Peiyun Chien dan Hannah Green selepas masing-masing mencatatkan 10 dibawah par.
Menurut Boutier, kondisi lapangan yang lebih lembut memberinya peluang untuk bermain dengan lebih agresif.
“Hari ini permainan iron dan wedge saya cukup baik. Saya cukup suka dengan kondisi lapangan terutamanya green yang lembut kerana mudah untuk saya bermain dengan lebih agresif.
Keadaan itu juga memudahkan saya untuk kawal jarak dan tidak terlalu memikirkan lantunan bola,”
katanya.
Terdahulu Boutier yang memulakan hari keduanya di lubang ke-10 dengan langkah kiri apabila mendapat bogey, namun segera bangkit untuk mempamerkan permainan cemerlang untuk mendapatkan banyak birdie.
“Yeah, ia bukan permulaan yang baik. Saya melakukan tiga pukulan putt untuk lubang pertama, jadi saya sudah tidak gembira dengan putting saya di lubang pertama.
Pada lubang kedua, saya mendapat peluang birdie yang mana saya berjaya mendapatkannya. Birdie tersebut menaikkan motivasi saya sepanjang baki permainan.”
Dalam pada itu, pemain golf berasal dari Perancis itu beliau bermain dengan baik pada hari pertama, namun kegagalan melakukan putting menjadi punca utama beliau hanya mampu menamatkan permainan dengan dua dibawah par sahaja.
“Hari ini saya banyak melakukan putting yang baik untuk mendapatkan birdie.”
Sementara itu, beliau berkata skor rendah yang berjaya dicatatnya hari ini akan memberikannya lebih keyakinan untuk baki dua hari kejohanan.