Ronaldo mula tunjuk ‘diva’?

181

Cristiano Ronaldo dilihat tidak gembira dan melemparkan coatnya ke lantai selepas Ralf Rangnick mengeluarkannya dari perlawanan di Brentford.

Bintang bertaraf dunia itu dilihat bercekak pinggang seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakan Rangnick tersebut dan melangkah pergi selepas dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 20 minit.


Ronaldo berang apabila dia menjadi mangsa pertukaran oleh pengurus sementara United, Rangnick walaupun ia adalah perlawanan pertamanya selepas kecederaan. Pengurus Jerman itu cuba memeluk Ronaldo namun kelihatannya beliau hanya berdiri kaku tanpa menghiraukannya.

Kemudian beliau berlalu pergi dan mengambil tempat duduk di tangga berhampiran ruang rehat dan bukannya di bangku simpanan. Rangnick datang kepadanya dan berbisik di telinga Ronaldo. Bekas penyerang Real Madrid dan Juventus itu mendengar dengan serius dan kelihatan tenang ketika dia melihat United berada di kedudukan selesa selepas 45 minit yang hambar.

Rangnick menegaskan dia tidak mempunyai masalah dengan reaksi Ronaldo selepas perlawanan. Baginya itu adalah perkara biasa kerana sebagai seorang penyerang, beliau pasti ingin menjaringkan gol. Tetapi Ronaldo baru sahaja kembali dari kecederaan kecil dan adalah penting untuk diingat mereka masih mempunyai perlawanan akan datang.

Antara reaksi Ronaldo selepas Rangnick mengeluarkannya pada minit ke-70

Selepas perlawanan menentang Aston Villa di Villa park sebelum ini, United terpaksa menukar strategi bertahan kepada lima pemain bek agar perkara yang sama tidak berulang kembali, di mana United berada di depan dengan jaringan 2-0 , tapi akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2.

Namun selepas berakhir perlawanan itu, Ronaldo kelihatannya sudah tenang apabila beliau menulis ciapan pada laman Twitternya berbunyi: “Tiga mata penting! Syabas team.”

Anthony Elanga dan Mason Greenwood menjaringkan gol sejurus selepas bersambung babak kedua untuk meletakkan United di bawah kawalan. Kemudian Rangnick membawa keluar Ronaldo dan Greenwood menggantikan mereka dengan ketua pasukan yang juga bek tengah, Harry Maguire dan penyerang dari England, iaitu Marcus Rashford.

Ivan Toney menjaringkan gol sekaligus memusnahkan harapan Rangnick untuk clean sheet pada perlawanan ini. Tetapi di sebalik perubahan besar yang dipamerkan United dalam perlawanan ini, reaksi di media sosial selepas itu adalah lebih tertumpu kepada Ronaldo berikutan reaksinya yang dilihat bengang apabila dikeluarkan.

Sesetengah peminat merasakan pada usia 36 tahun, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang lebih baik kepada rakan sepasukannya yang lebih muda. Malah ada yang mencadangkan Rangnick sepatutnya berbisik kepada Ronaldo bahawa tiada pemain lebih besar daripada kelab itu sekalipun beliau adalah pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali.