Komited dan ‘having fun’ bantu Rose Zhang rampas kedudukan pendahulu

78

Pemain golf profesional terkenal, Rose Zhang menamatkan dominasi Jasmine Suwannapura apabila menamatkan hari ketiga Maybank Championship 2023 sebagai pendahulu selepas mencatatkan skor -18 dibawah par secara keseluruhan.

“Hari ini permainan saya cukup ‘solid’ yang mana dari tee hingga ke green dan saya berjaya melakukan putt ketika saya perlukannya.

Dengan Olly berada di sisi saya sebagai kedi, ia menambahkan lagi keyakinan saya. Saya hanya membuat sedikit perubahan dan apa yang penting adalah untuk ‘having fun’ dan kekal komited dalam setiap pukulan,”

katanya.

Zhang ketika ini mendahului dengan kelebihan satu pukulan dihadapan Suwannapura dan Atthaya Thitikul yang mencatatkan skor -17 dibawah par.


Untuk hari ketiga, beliau bermain dengan lapan birdie dan satu bogey untuk mencatatkan skor tujuh dibawah par dengan jumlah keseluruhan 198 pukulan.

Dalam pada itu, menjelang hari terakhir esok Zhang memberitahu beliau tidak akan melakukan sebarang perubahan dari segi permainannya, sebaliknya akan terus komited dan ‘having fun’ sepanjang permainannya esok.

“Saya berasa cukup bagus ketika ini dan untuk esok saya akan teruskan bermain seperti biasa dan yang paling penting adalah terus ‘having fun’ dan menikmati setiap momen.”

Sementara itu, beliau juga berkongsi pengalamannya berada di Malaysia buat pertama kali yang mana beliau ‘jatuh cinta’ dengan makanan di sini.

“Saya sangat sukakan di sini, saya suka makanan di mana setiap hari saya makan nasi lemak dan nasi ayam. Ia merupakan pengalaman yang cukup seronok.”