Natasha Andrea Oon kekal pemain golf wanita terbaik negara di Maybank Championship 2023

145

Pemain golf profesional negara, Natasha Andrea Oon meneruskan rentak cemerlangnya apabila kekal mendahului rakan senegara lain untuk menamatkan kejohanan Maybank Championship 2023 di kedudukan T52 apabila mencatat tiga dibawah par.

Empat lagi wakil negara iaitu Jeneath Wong (amatur) berada di kedudukan T57, Ashley Lau di kedudukan T65, Alya Abdulghany di kedudukan 73, Jing Xuen Ng (amatur) di kedudukan 74 dan mengejutkan bintang golf sensasi Kelly Tan berada di kedudukan ke-75.


“Saya harap dapat bermain dengan skor lebih rendah lagi, tapi sejujurnya peminat di sini cukup menakjubkan kerana mereka menyokong golf wanita dan Maybank juga melakukan kerja yang cukup hebat menganjurkan kejohanan ini.

Ia adalah pengalaman yang cukup berharga untuk saya untuk tahun depan dan masih banyak ruang untuk saya berkembang, jadi saya perlu segera tingkatkan kualiti permainan saya untuk tahun depan,”

katanya.

Natasha kekal konsisten sepanjang empat hari kejohanan apabila melakukan 70, 71, 73 dan 71 untuk mencatatkan 285 pukulan.

Dalam pada itu, beliau yang mengakui tidak biasa bermain dihadapan ribuan peminat berkata ia akan beri gambaran awal apa yang beliau akan lalui kelak.

“Saya tidak biasa bermain dihadapan ramai penonton dan kejohanan ini adalah pengenalan yang cukup bagus untuk saya tahun hadapan.”

Untuk tahun 2024, beliau akan telah pun mendapatkan Card untuk beraksi di LPGA Tour 2024 selepas berjaya cemerlang di Epson Tour’s Race.