MantaYaY jadi platform khas untuk TikTokers Malaysia

737

Tidak dapat dinafikan semakin ramai mula menjadikan laman sosial TikTok sebagai karier mereka dengan majoritinya bergerak secara sendiri tanpa mempunyai platform untuk mengembangkan karier mereka.

Mahu mengumpul TikTokers di seluruh Malaysia, TikTokers popular Ng Yubin dan BangJoel (Joel Lim Min Sheu) telah menubuhkan agensi MantaYaY yang akan dijadikan sebagai platform untuk TikTokers di seluruh negara.


Agensi itu kini menjadi mempunyai 1,000 TikTokers Malaysia yang mana mereka membantu mengekskavasi pencipta dan membantu mereka menghasilkan pendapatan melalui perjanjian jenama dan siaran langsung.

Baru-baru ini, MantaYaY telah mengadakan malam MataYaY Awards ke-2 yang berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur dengan mengumpulkan bakat-bakat terbaik dalam komuniti TikTok Malaysia.

Dalam pada itu, acara tersebut turut menyaksikan mereka melancarkan ‘Clan War’ iaitu permainan interaktif Live Streaming TikTok pertama dihasilkan khas untuk Malaysia.

Tidak hanya permainan interaktif, mereka turut mengumumkan penerbitan drama panjang berjudul “Jewel” yang kini sedang dalam pembikinan.

Susulan itu, MantaYaY  menyeru semua TikTokers yang ingin terlibat untuk menghubungi mereka.

Drama tersebut akan menampilkan 100 episod yang akan turut menampilkan pencipta terkenal dari Malaysia dan Indonesia.