Pengurus, pemain LMS Tigress FC terus kunci mulut mengenai status mereka di LWN

517

Tidak hanya Liga Super sahaja yang berdepan masalah ketika ini tapi saingan Liga Wanita Nasional (LWN) turut sama terpalit dengan masalah sama.

Terbaru pasukan LMS Tigress dikatakan sedang berdepan masalah apabila mereka tidak hanya dalam beberapa perlawanan LWN baru-baru ini yang memberikan pihak lawan kemenangan percuma 3-0.


Perkara ini sudah mendapat perhatian peminat tetapi sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak penganjur iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Cubaan wartawan Harimau Malaya untuk mendapat komen daripada Unit Pertandingan Bola Sepak Wanita FAM turut gagal.

Selain pihak penganjur, cubaan untuk menghubungi Pengurus LMS Tigress, Ahmad Feisal Bin Dato’ Seri Mohamed Zulkifli dan kapten pasukan Steffi Sidhu turut tidak berjaya apabila tiada sebarang respon.

Ia adalah sesuatu yang membimbangkan kerana ketika FAM berada di landasan tepat untuk menaikkan bola sepak wanita di negara, perkara seperti ini berlaku akan menjejaskan kualiti liga itu sendiri.

Diharap pihak FAM dapat tampil beri pencerahan mengenai isu ini dan status sebenar LMS Tigress ketika ini.

Berdasarkan keadaan semasa, saingan LWN yang sepatutnya menjadi liga kompetitif kini hanya tinggal lima pasukan sahaja yang bersaing selepas LMS Tigress ‘hilang’.