Teka-teki keadaan rumput di SNBJ, akan khianati skuad kebangsaan sekali lagi?

394

Harapan mengunung ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon untuk melihat perlawanan menentang Republik Kyrgyz di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November ini barang kali boleh menjadi suatu permintaan yang sukar untuk dipenuhi.

Beliau yang telah melakukan tinjauan bersama pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia semalam dapati padang berkeadaan lebih baik berbanding ketika Pestabola Merdeka Oktober lalu.


Mengenang kembali impak selepas perlawanan diantara pasukan kebangsaan menentang India di separuh akhir perlawanan itu pada 13 Oktober lalu, terlihat permasalahan yang sama mungkin akan terwujud sekali lagi.

Meskipun pasukan kebangsaan yang berjaya menundukkan pihak lawan 4-2 ketika itu yang seharusnya dibanggakan, namun soal rumput yang menjadi topik hangat untuk beberapa hari selepas permainan tersebut.

Ia sememangnya memalukan skuad Harimau Malaya dan juga negara Malaysia secara keseluruhannya dimata dunia.

Persoalannya, adakah keadaan rumput di SNBJ tidak akan mengkhianati para pemain di atas padang kali ini?

Rumput jenis Zeon Zoysia yang ditaja oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ketika itu baru sahaja digantikan dan kosnya dianggarkan mencecah sehingga RM1.4 juta.

Pemberian serta kepercayaan yang diberikan TMJ sudah tentu tidak ingin disia-siakan dan dipandang enteng oleh pihak yang berkenaan.

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Datuk Hans Isaac sewaktu ditemu bual oleh wartawan Harimau Malaya dua minggu lalu juga telah menegaskan bahawa padang serta stadium SNBJ akan siap dan sedia untuk digunakan.

Teka-teki tercetus sekiranya sejarah berulang kembali sewaktu perlawanan pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Khamis dua minggu akan datang.

Sudahkah pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia bersedia untuk bertanggungjawab ke atas permasalahan yang mungkin lebih rumit andai kata ia terjadi lagi?

Apakah pelan B yang disenaraikan untuk atasi perkara sebegini?