Hanya 6 pasukan yang layak beraksi Liga Super musim depan?
Nasib pasukan Liga Super musim hadapan seakan berada dihujung tanduk apabila majoriti pasukan terpalit dengan isu kewangan dan sekaligus meningkatkan potensi pasukan tersebut untuk tidak layak bersaing di Liga Super.
Masalah kewangan yang menghantui beberapa pasukan tersebut tidaklah hanya dilihat dari pembayaran gaji sahaja, tetapi juga menjejaskan operasi pasukan tersebut secara keseluruhannya.
Menyentuh soal pembayaran gaji, hanya enam pasukan yang kekal konsisten membayar gaji para pemain setakat ini iaitu pasukan Johor Darul Ta’zim, Selangor, Terengganu, Pahang, Kuching dan Perak.
Andai kata hanya enam pasukan yang bertanding dan jumlah perlawanan berkurangan berbanding musim-musim lalu, bagaimanakah nasib wakil pasukan dari Malaysia untuk menempah tempat ke AFC Champions League (ACL)?
Sememangnya isu kewangan memainkan peranan yang utama dalam meneruskan kelangsungan sesebuah pasukan.
Selain gaji, antara perkara-perkara penting yang turut terlibat adalah mengenai kos pengangkutan, pengurusan dan juga penajaan buat pasukan.
Haruskah enam pasukan tersebut meneruskan perjuangan mereka di Liga Super?
Bersediakah pihak Malaysia Football League (MFL) melihat nasib Malaysia yang jauh ketinggalan dan berada di kedudukan yang semakin merundum?