Tiada wakil Asia Tenggara ke Piala Dunia 2026, sampai bila kita nak tunggu?

370

Setiap negara yang memiliki pasukan bola sepak pastinya idamkan peluang bersaing di Piala Dunia.

Namun impian itu bukanlah perkara yang mudah, inginkan pula bercita-cita untuk menganjurkan perlawanan berprestij sebegitu.


Seperti yang kita sedia maklum, pemilihan tuan rumah kejohanan Piala Dunia adalah bergilir-gilir dari satu benua ke satu benua setiap empat tahun.

Contohnya, negara Qatar telah mewakili benua Asia sebagai tuan rumah kejohanan Piala Dunia 2022.

Seterusnya ia akan beralih ke benua Amerika Utara pada 2026 dan menyaksikan gabungan tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Bagi negara yang belum pernah mewakili Piala Dunia, pusingan kelayakan yang diadakan semestinya suatu peluang keemasan kerana itu adalah satu-satunya cara demi melayakkan diri untuk bersaing bersama negara-negara hebat yang lain.

Lucu apabila masih ada segelintir diantara mereka yang menyoalkan mengapa negara-negara dari Asia Tenggara tidak pernah menganjurkan Piala Dunia.

Persoalannya, bagaimanakah negara dari Asia Tenggara ingin menganjurkan kejohanan itu sedangkan mereka kerap kecundang di pusingan kelayakan?

Bilakah penantian ini akan berakhir?

Sewaktu Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang ke-78 September lalu, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin sempat bertemu dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino untuk membincangkan isu ini.

Keputusannya, negara ASEAN seharusnya membuat persediaan daripada sekarang jika mahu bergabung menghantar bidaan seperti yang pernah mereka lakukan dalam menganjurkan Piala Asia dan perlu tingkatkan infrastruktur terlebih dahulu.

Sehingga kini, hanya enam negara Asia yang layak bermain di Piala Dunia iaitu Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Arab Saudi dan Iran.

Ada yang mempersoalkan mengapa hanya antara Qatar dan Emiriah Arab Bersatu yang pernah menjadi negara Asia yang menganjur.

Piala Dunia 2034 pula akan menyaksikan negara Arab Saudi sebagai tuan rumah setelah diumumkan memenangi bidaan tertinggi pada 31 Oktober lalu.

Usah dipersoalkan mengapa hanya antara negara-negara Asia yang punyai ekonomi berpendapatan tinggi di dunia berjaya menganjurkan Piala Dunia, sedangkan mereka sememangnya sudah layak bertanding.

Diharapkan semoga negara-negara Asia Tenggara akan terus berusaha untuk memenangi pusingan kelayakan agar impian menjadi tuan rumah Piala Dunia yang akan datang mampu tercapai.