Meskipun tempat ketiga, tetap capai ‘target’ saya! – Fairuz Abdul Aziz
Ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysian University Fairuz Abdul Aziz berhasrat untuk mendidik serta melahirkan lebih ramai pemain bola sepak wanita pada masa akan datang menerusi prestasi cemerlang yang dibuktikan pasukan didikannya di perlawanan akhir Liga Wanita Nasional (LWN) malam ini.
Perlawanan sengit yang menyaksikan jumlah gol yang sama dijaringkan sekitar minit ke 80 permainan memperlihatkan pasukan Sabah memenangi perlawanan tersebut atas dasar perbezaan jaringan gol.
Beliau yang menyifatkan stamina di antara pemain bola sepak wanita dan lelaki tidak jauh bezanya tetap terus bersyukur atas kejayaan dan rekod tanpa kalah sehingga berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir meskipun mendapat kedudukan ketiga.
“Walaupun mendapat tempat ketiga, ianya tetap tak lari dari ‘target’ saya. Saya inginkan pemain lebih memahami sukan bola sepak.”
Katanya.
Fairuz sempat menjelaskan cabaran dan tanggungjawab beliau dalam merapatkan jurang perbezaan mendidik pemain bola sepak lelaki dan wanita.
“Lelaki sememangnya sudah terdedah dengan sukan bola sepak sejak kecil manakala tidak semua wanita dididik semula jadi sebegitu.
Katanya ibu bapa pemain juga memainkan peranan yang utama dalam mendidik pemain dari pelbagai aspek antaranya agama, pengetahuan dan juga adab.
Beliau ketika ditemubual mengatakan bahawa dirinya akan sentiasa mengetengahkan pemain yang berkaliber ke kesebelasan utama dan tetap memberi panduan kepada pemain yang kurang menunjukkan kemajuan atas padang.
“Bola sepak bukan di atas padang sahaja, ianya untuk masa hadapan juga. Pemain yang kurang berpotensi masih boleh memberi tunjuk ajar dan menjadi teladan yang baik kepada pelapis pasukan yang akan datang.”