Soleen Al-Zoubi bangga melihat LWN miliki nilai liga yang baik

150

Ketua jurulatih Malayan Tigress Soleen Al-Zoubi ternyata amat berbangga melihat persaingan yang hebat diantara pasukan yang bertanding di Liga Wanita Nasional (LWN).

Katanya beliau seakan tidak menyangka dengan kedudukan mata yang ditunjukkan oleh setiap pasukan yang mempunyai perbezaan yang sungguh tipis.


“Inilah contoh nilai liga yang baik, dimana semua pemain bertungkus lumus dalam mengumpul banyak pengalaman bermain dibawah tekanan dan juga diposisi yang berbeza.”

“Saya berbangga menyaksikan peluang dan ruang semakin luas untuk ke pasukan nasional.”

Katanya ketika ditemubual pihak media.

Soleen berkata sememangnya kualiti pemain adalah jauh lebih diutamakan berbanding kuantiti mereka.

Jurulatih tersebut yakin setiap pasukan yang bertanding sudah pastinya mempunyai peluang untuk ke pasukan nasional.

Beliau yang ditemui di sewaktu perlawanan akhir di antara Malaysian University menentang Sabah di Stadium UiTM Shah Alam malam Sabtu itu percaya pemain harus belajar berdaya saing dengan baik untuk kekal memberikan prestasi yang cemerlang.

“Ini semua hanyalah suatu permulaan. Saya berharap akan lebih banyak pasukan ingin menyertai liga ini.”