Liga Malaysia boleh ikut contoh PGMOL dedah rakaman audio antara pengadil jika libatkan keputusan kontroversi

174

Keputusan kontroversi sering berlaku dalam perlawanan bola sepak di seluruh dunia biarpun pelbagai teknologi canggih diperkenalkan.

Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan antara liga terbaik dunia yang memperkenalkan pelbagai teknologi canggih bagi meningkatkan kualiti permainan termasuk menggunakan VAR (teknologi bantuan pengadil).


Bagaimanapun teknologi tersebut sekadar alat bantuan kerana keputusan akhir terletak di tangan pengadil perlawanan itu sendiri.

Walaupun mempunyai VAR, namun beberapa perlawanan EPL termasuk perlawanan Newcastle United menentang Arsenal turut mencetuskan kontroversi apabila gol daripada Anthony Gordon dibenarkan walaupun terdapat bantahan yang mengatakan bola tersebut sudah keluar dari permainan.

Selepas didesak ramai pihak, pihak Professional Game Match Officials (PGMOL) akhirnya telah mendedahkan rakaman audio perbualan antara pengadil dan pegawai VAR.

Berdasarkan rakaman audio yang diriliskan ternyata terdapat berlaku kesilapan yang dilakukan ia ia telah mencetuskan kemarahan ramai.

Disebalik kontroversi yang berlaku, perkara positif yang boleh diambil dari situasi ini adalah orang ramai dapat mengetahui dengan lebih jelas samada keputusan yang dibuat adalah tepat atau sebaliknya.

Saingan Liga Malaysia terutamanya Liga Super juga sering berdepan masalah sama apabila ramai yang mengkritik mutu pengadilan yang teruk.

Pilihan yang ada kepada pasukan yang menjadi ‘mangsa’ ketidakcekapan adalah dengan membuat aduan kepada Jawatankuasa Pengadil FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan jika benar, pengadil tersebut akan dikenakan tindakan.

Mungkin Jwatankuasa Pengadil FAM boleh ikut jejak langkah PGMOL untuk dedahkan rakaman audio pengadil ketika membuat keputusan kerana pastinya ramai yang ingin tahu sebab sebenar sesuatu keputusan itu dibuat.

VAR juga akan diperkenalkan dalam saingan Liga Super pada musim hadapan, oleh itu orang ramai berhak tahu perkara sebenar yang berlaku sekiranya terjadinya keputusan kontroversi kelak.

Diharap perkara ini dapat dipertimbangkan nanti supaya keputusan kontroversi dapat dikurangkan dalam saingan liga domestik.