Hai Phong FC mungkin bermain dengan penuh berjaga-jaga – Chu Dinh Nghiem
Ketua jurulatih Hai Phong FC Chu Dinh Nghiem akui perlawanan pasukan anak didiknya menentang Sabah FC di peringkat kumpulan AFC Cup malam esok bukanlah suatu perkara yang mudah.
Ini kerana terdapat beberapa pemain hebat pasukannya mungkin tidak dapat beraksi oleh sebab kecederaan yang masih memerlukan rawatan susulan.
“Kami hanya bernasib baik sewaktu perlawanan sebelum ini. Kami berkemungkinan bermain dalam keadaan yang agak berbahaya pada perlawanan hari esok. Oleh itu, ianya tidak mudah untuk mengatasi Sabah FC.”
Katanya sewaktu sesi sidang media pagi tadi.
Jurulatih itu juga sempat menyebut tentang penjagaan tiang gol Hai Phong FC daripada Saddil Ramdani, Cifu dan Darren Lok.
“Kami mengharapkan sekurang-kurangnya satu jaringan gol pada perlawanan malam esok kerana pasukan Sabah sememangnya mempunyai ramai pemain hebat terutamanya yang menyarung jersi bernombor 67, 9 dan 28.”
Penyerang Hai Phong FC Joseph Mpande juga tidak menafikan pasukan Sabah FC sebagai pasukan yang hebat di atas padang namun dirinya kekal optimis untuk menyahut cabaran yang diberikan malam esok.
Pemain import dari Uganda itu menekankan isu ketiadaan bintang-bintang hebat pasukannya yang barangkali boleh memberi impak buruk terhadap perlawanan itu.
“Inilah sukan bola sepak. Kami telah sebati dengan cabaran dan kami harus terus sahut cabaran yang mendatang.”