Pulih dari kecederaan, Lucao kekal bersemangat untuk beraksi
Pemain penyerang pasukan Hai Phong FC Lucao Do Break tetap bersemangat ingin menentang Sabah FC di kejohanan piala AFC malam ini meskipun baru sahaja pulih dari kecederaan.
Beliau berkata ini kerana perlawanan tersebut amat penting demi mempermudahkan laluan pasukan itu untuk terus mara ke peringkat seterusnya.
“Saya hargai setiap keputusan jurulatih dan akan menunggu peluang untuk beraksi di separuh masa kedua.”
“Sementara menunggu waktu itu tiba, saya akan terus memberikan sokongan menyeluruh buat rakan seperjuangan di atas padang.”
Katanya sewaktu ditemu bual wartawan Harimau Malaya.
Pemain import yang berasal dari Brazil itu berkata dirinya amat gemar beraksi bersama pasukan-pasukan dari Asia.
“Saya amat suka bermain bersama pasukan dari Jepun selama ini namun kini saya merasai lebih keseronokan bermain dengan pasukan Vietnam.”
“Saya suka gaya hidup masyarakat di Vietnam dan sememangnya ini adalah detik terindah dalam hidup saya.”
Beliau turut menambah tentang peluang pasukan kebangsaan Vietnam ke Piala Dunia selepas perlantikan jurulatih baharu yang pernah menerajui pasukan Jepun dan Afrika Selatan di Piala Dunia suatu ketika dahulu.
“Saya percaya pasukan kebangsaan Vietnam berpotensi untuk melayakkan diri ke Piala Dunia akan datang.”