Pemain kekal ‘kunci mulut’ soal lewat pembayaran gaji
Tanda tanya mengenai isu pembayaran gaji yang lewat didalam sesetengah pasukan semakin lama semakin berlarutan dan dilihat menemui jalan buntu.
Apabila seorang pemain dari sesebuah pasukan disoal mengenai isu terbabit, dirinya sudah pasti lebih memilih untuk menghormati pihak pengurusan mereka sekali gus enggan mengulas lebih lanjut tentangnya.
Sewaktu sesi temu ramah selepas perlawanan kejohanan Piala AFC, Sabah FC menentang Hai Phong FC pada malam Khamis, pemain tengah Saddil Ramdani juga memberikan pandangan yang sama.
“Ianya bukan hak saya untuk menjawab. Lebih baik ia ditanyakan kepada pihak pengurusan kami,”
katanya.
Saddil ketika menjawab ternyata amat menghormati dan memelihara privasi pasukannya tentang soalan itu dan
“Saya sebagai pemain hanya perlu fokus persembahan di dalam pasukan, latihan dan perlawanan. Apa yang kami alami di dalam pasukan, itu adalah persoalan yang lain.”
Begitu juga respon yang diberikan oleh penjaga gol pasukan itu Khairul Fahmi Che Mat yang memberikan jawapan ringkas.
“Yang itu kena tanya pihak ‘management’, saya tak berani nak kata.”
Beliau yang menjawabnya dengan nada jenaka kemudiannya menunjukkan isyarat ‘menutup mulut’ lalu memanggil majikan pengurusan pasukan itu untuk menjawab soalan itu dan berlalu pergi sambil tertawa, seolah memberi bayangan bahawa ianya suatu rahsia besar buat pasukan.
Sememangnya tindakan para pemain sebegini haruslah dipuji atas dasar menjaga hak privasi serta etika seorang pemain.
Ianya juga demi tidak membuka perspektif negatif dan memghebohkan perkara luar jangkaan serta masalah dalaman yang berlaku terhadap pasukan tersebut.