Semangat penyokong Indonesia wajar dicontohi, stadium ‘full house’ walaupun perlawanan B-17

81

Kejohanan Piala Dunia B-17 yang berlangsung di Indonesia akhirnya membuka tirainya pada hari ini dengan tuan rumah akan menentang Ecuador pada perlawanan pertama yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.

Ini merupakan penyertaan pertama negara itu dalam kejohanan Piala Dunia B-17 selepas mendapat tiket selaku tuan rumah.


Semangat yang dipamerkan oleh para penyokong juga adalah sangat mengujakan apabila kesemua tiket untuk perlawanan pertama itu dilaporkan sudah habis terjual oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI),

Stadium Gelora Bung Tomo mempunya 45,000 kapasiti dan ia bakal mencipta sejarah baharu buat bola sepak Indonesia apabila turun menentang Ecuador hari ini.

Tidak dinafikan bahawa penyokong Indonesia sememangnya mempunyai semangat yang tinggi dan ia dapat dibuktikan dengan kehadiran untuk perlawanan pertama itu.

Walaupun ia melibatkan pasukan B-17, penyokong Indonesia tetap mampu memastikan stadium tersebut ‘full house’.

Inilah semangat dan perkara positif yang boleh dicontohi oleh penyokong-penyokong di Malaysia.

Jarang sekali perlawanan melibatkan peringkat bawah umur, lebih-lebih lagi B-17 mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Pada 16 November nanti, Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Semalam, menjelang tujuh hari lagi perlawanan tersebut, Persatuan Bola Sepak Malaysia mengumumkan bahawa sebanyak 2,244 tiket sudah terjual.

Sekiranya penyokong Indonesia mampu memenuhi stadium untuk perlawanan skuad B-17, penyokong Malaysia tidak boleh kalah dan harus memastikan bahawa SNBJ mampu ‘full house’ pada perlawanan itu.