Umar Osman ikut jejak Azeem Fahmi berlatih di AS, masa depan olahraga negara makin cerah

175

Selepas pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berkelana ke Amerika Syarikat (AS) untuk menyambung pelajaran dan mengikuti latihan olahraga, seorang lagi pelari pecut negara, Umar Osman juga akan turut mengikut jejaknya.

Beliau juga akan menuntut di universiti sama seperti Azeem iaitu Universiti Auburn di Alabama bagi menyambung Pelajaran dan dalam masa yang sama menjalani latihan untuk meningkatkan prestasinya.


Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif buat industri olahraga di negara ini, lebih-lebih lagi selepas prestasi membaggakan atlet olahraga negara di Sukan Asia baru-baru ini.

Azeem juga telah membuktikan bahawa segala usaha beliau berkelana di bumi AS amat berbaloi apabila mendapat tempat ketiga dalam kejohanan itu.

Dengan lebih ramai lagi atlet olahraga yang mengikut jejak Azeem untuk menyambung pelajaran dan berlatih di AS, yang sememangnya dikenali cukup bagus dalam sukan olahraga, ia mampu melahirkan lebih ramai lagi jaguh pada masa hadapan.

Sudah tentu untuk berada di kelompok yang terbaik, haruslah mendapat latihan daripada guru yang lebih baik.

Itu adalah apa yang telah dibuktikan oleh Azeem dan kini Umar pula akan turut sama mendapat peluang itu.

Diharapkan lebih ramai lagi atlet olahraga negara yang akan berkelana di luar negara untuk mendapatkan latihan yang lebih baik, justeru dapat melahirkan lebih ramai bintang masa hadapan.