FAM boleh gunakan 500,000 USD daripada AFF untuk realisasikan pelan F:30 – Khiev Sameth
Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Mejar Jeneral Khiev Sameth mengumumkan bahawa badan tersebut telah menyumbangkan sebanyak 500,000 Dollar Amerika Syarikat (USD) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Katanya, dana tersebut boleh digunakan oleh pihak FAM untuk membangunkan bola sepak di negara ini, dan juga membantu merealisasikan fasa kedua F:30.
“Kita telah berikan semua ahli AFF sebanyak 500,000 USD untuk pembangunan infrastruktur jadi saya rasa FAM boleh gunakan ini untuk F:30,”
katanya.
Katanya, F:30 merupakan sebuah pelan yang amat baik dan boleh dicontohi oleh negara-negara Asia Tenggara lain.
Beliau berharap lebih banyak ahli gabungan AFF yang akan mewujudkan pelan pembangunan serta pemerkasaan bola sepak seperti yang terdapat dalam F:30 untuk memajukan lagi bola sepak di rantau ini.