Khabar gembira untuk skuad B-23, ada penambahan pemain yang akan kuatkan pasukan – Hamidin Mohd Amin
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan bahawa skuad B-23 negara akan diperkuatkan oleh penambahan pemain yang diyakini mampu membantu negara menghadapi kejohanan Piala Asia B-23 April tahun depan.
Katanya, pemain tersebut sudah berjumpa dengannya pada minggu lalu dan sudah
“Kita sudah dapat satu, dua khabar gembira tentang penambahan pemain, mungkin minggu hadapan kita akan umumkan.
Pemain itu sudah berjumpa dengan saya minggu lalu, ia akan menguatkan lagi skuad B-23,”
katanya.
Sementara itu, Hamidin berkata bahawa skuad B-23 akan dihantar menjalani latihan di luar negara termasuklah Doha, Qatar sebagai persediaan menjelang Piala Asia B-23 tahun depan.
Selain itu, mereka akan turut menjalani persediaan di luar negara pada Januari hingga Februari tahun depan.
“Saya sudah berbincang dengan jurulatih untuk persediaan mereka akan ke Doha dan bermain beberapa perlawanan persahabatan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana sebelum kejohanan bermula.
Pada Januari hingga Februari depan pun kita akan hantar mereka buat latihan di luar negara juga.”
Beliau percaya dengan kebolehan pemain dan meletakkan harapan supaya skuad B-23 negara mampu untuk melangkah sehingga ke suku akhir.