Tamirlan Kozubaev tak tolak peluang beraksi dengan mana-mana pasukan di Malaysia

411

Pemain pertahanan pasukan Kyrgyzstan Tamirlan Kozubaev tidak menolak pelawaan mana-mana pasukan untuk kembali beraksi di Malaysia.

Beliau yang pernah menandatangani kontrak bermain bersama pasukan PKNS empat tahun yang lalu berkata dirinya menikmati setiap detik terbaik berada di sini suatu ketika dahulu.


“Pengalaman saya di Malaysia sangat menarik dan menyeronokkan. Sungguh banyak kenangan yang diukir disini.”

“Saya pastinya sangat gembira sekiranya dapat kembali beraksi untuk mana-mana pasukan di sini.”

Jawabnya kepada wartawan Harimau Malaya.

Beliau sempat mengatakan bahawa rakan-rakan di Hong Kong pernah berkongsi tentang beberapa info dalaman mengenai gaya serta corak permainan di bawah naungan jurulatih Kim Pan-gon dan mengharapkan ianya akan sedikit sebanyak membantu pasukan negaranya.

Pemain berusia 29 tahun yang juga bakal menentang skuad Harimau Malaya esok malam di perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 itu turut memuji kecemerlangan prestasi pasukan kebangsaan sejak beberapa tahun lalu.

“Malaysia kini memiliki ramai pemain yang cukup berkualiti. Banyak perkara yang telah berjaya ditambahbaik sehingga ke hari ini.

“Oleh itu, perlawanan hari esok akan menjadi sengit buat kedua-dua pasukan.”