Setuju untuk melantik Lord de Paula untuk menjadi ‘ambassador’ Harimau Malaya?

1,064

Bagaimanakah keadaan pasukan kebangsaan sekiranya ada seorang duta atau pempengaruh yang ‘mempromosikan’ pasukan?

Akhir-akhir ini kerap kali kita melihat kemunculan Lord de Paula di laman siaran langsung Instagram beliau yang telah menarik perhatian ramai untuk melihat dirinya kembali aktif bersama skuad Harimau Malaya. 


Bintang kelahiran Brazil yang kini beraksi untuk Melaka FC itu tidak lekang menyatakan rasa cinta dan minat beliau terhadap pasukan nasional bersama para pengikut di ‘platform’ tersebut. 

Adakah ianya merupakan suatu tanda bahawa pemain pertahanan itu mahu terlibat bersama pasukan kebangsaan semula? 

Setiap siaran langsung beliau di aplikasi itu juga dilihat mendapat sambutan hangat pengikut serta beberapa pemain bola sepak yang barangkali merindui kehadiran beliau. 

Jika diletakkan undian ke atas kemasukan pemain naturalisasi itu sebagai pemain atau duta skuad kebangsaan, yang mana satu akan kita pilih? 

Sudah pasti, De Paula atau nama sebenarnya beliau Guilherme de Paula mempunyai niat mendalam yang tersendiri untuk menyarung jersi Harimau Malaya namun peluang harus diberikan kepadanya terlebih dahulu. 

Pemain berusia 37 tahun itu juga pernah mewakili pelbagai kelab negara antaranya Selangor FC, PDRM FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini. 

Ternyata aksi De Paula juga diperhatikan penyokong negara jiran, Indonesia yang inginkan pemain itu menandatangani kontrak bersama Bali United dan juga di Liga 1 Indonesia. 

Sehingga ke hari ini, kepulangan De Paula kekal menjadi khabar angin dan jarang sekali kelihatan di atas padang bersama mana-mana skuad. 

Diharapkan suatu hari nanti, nama Lord de Paula akan bersinar kembali bersama skuad utama meski bukan sebagai seorang pemain, tetapi sebagai duta pasukan yang hebat.