FAM perlu ambil tanggungjawab, atur liga dengan baik – Ultras Malaya
Wakil Ultras Malaya, Al Fadhli atau lebih dikenali sebagai Rambo menyuarakan pendapatnya tentang masalah utama bolasepak Malaysia selama ini adalah kerana pemain kita ‘tidak siap’ akibat dari kegagalan sistem liga itu sendiri.
Beliau berpendapat bahawa pemain perlu disiapkan dari kelab masing-masing sebelum dipanggil untuk berlatih di kem negara.
“Bukan tugas jurulatih dan badan induk bolasepak untuk mempersiapkan pemain, melainkan dari segi taktikal. Dari segi fitness, mentaliti dan lain-lain perlu disiapkan sejak mereka bermain bersama kelab masing-masing”
Ujar Rambo kepada Harimau Malaya
Menyentuh hal persiapan ini termasuklah tentang perkara asas dalam bolasepak iaitu fasiliti. Kewujudan fasiliti yang baik di peringkat kelab akan mendorong pemain untuk berkembang. Coach Shazwan Wong memberikan pandangan beliau mengenai perkara ini,
“Apa yang ada pada kelab di Malaysia dari segi fasiliti dan coaching, akan menentukan sama ada pemain yang dihasilkan mampu ke next level atau tidak”
Kata Coach Wong kepada Harimau Malaya
Berbalik semula kepada pembentangan hasil laporan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya, jawapan yang begitu ‘general’ yang diberikan hanya sekadar untuk mewujudkan alasan.
“Hasil dapatan yang dibentangkan FAM sememangnya sangat cliche, hanya sekadar alasan untuk menjawab punca kegagalan, tapi kita sendiri sedar puncanya di mana, cuma tidak ditulis di dalam laporan”
Tambah Rambo lagi
Ditanya apakah kriteria yang perlu ada pada calon pemain naturalisasi sekiranya FAM berniat untuk menyambung program tersebut, Coach Wong menjawab :
“Kriterianya cuma satu, they have to be better than our local players, dan umur mereka juga perlu sesuai untuk menyumbang tenaga kepada pasukan kebangsaan dalam jangka yang panjang”
Secara kesimpulannya, semua berbalik semula kepada FAM sebagai badan induk bolasepak negara yang mempunyai kuasa untuk menyelaraskan segala perihal mengenai bolasepak Malaysia secara selari dan akhirnya mendatangkan hasil yang lebih baik kepada pemain kita sekaligus melahirkan pemain skuad kebangsaan yang berkualiti dan mampu membawa Malaysia ke peringkat yang lebih jauh.