Pemimpin sukan perlu pandang ke hadapan dan berfikiran positif, betul tak?
Perbalahan di dalam sebuah institusi merupakan suatu perkara yang amat ‘normal’.
Pastinya semua pihak yang terlibat dambakan keputusan serta tindakan yang terbaik demi menjaga nama baik suatu organisasi yang telah lama dibina.
Diperhatikan daripada kisah sengketa diantara Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias yang enggan memohon maaf berikutan ugutan beliau yang meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk dibatalkan.
Beliau juga telah membalas supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang meminta maaf kepada dirinya, MOM serta seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan memburu pingat emas di Sukan SEA di Kemboja beberapa bulan lalu dan ianya juga dikaitkan dengan kewangan institusi.
Suhardi juga inginkan FAM serta BAM untuk memperbaiki reputasi persatuan, daripada terus menerus menyalahkan atlet dan jurulatih.
Pergaduhan itu seakan tidak menemukan penghujungnya apabila Suhardi bertindak menghantar laporan polis tentang penyebaran audio perbincangan tertutup di antara PJS bersama Persatuan Tadbir Urus Suka Elektronik Malaysia (MEGA) dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF).
Sememangnya ia bukanlah suatu perkara yang perlu di besar-besarkan sehingga menjadi topik hangat rakyat Malaysia.
Sebagai para pemimpin sukan yang dilantik secara rasmi, mereka seharusnya menunjukkan teladan serta contoh yang baik kerana mereka adalah ‘mastermind’ yang mengerakkan institusi itu.
Sikap bertoleransi dan ‘sportsmanship’ di antara mereka perlu sentiasa ada, bukan sahaja di dalam arena sukan, namun di dalam institusi pentadbiran sukan negara.
Mereka sepatutnya mencari ‘kata putus’ tentang isu ini dan terus fokus dengan pembangunan pasukan kebangsaan secara menyeluruh.
Barangkali ‘campur tangan’ Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh diperlukan dalam meleraikan sengketa ini?
Pastinya dengan kerjasama erat daripada beliau sudah tentu kes ini akan temui jalan penyelesaian dengan pantas.
Hannah yang terbukti amat berdedikasi dan tegas dalam membuat keputusan serta menjalankan tugas beliau pasti dapat membantu perkara ini dari bersambung dan terus berlarutan.
Ianya juga berkemungkinan akan menambah persepsi serta pandangan masyarakat bahawa isu ini tidak mampu menjadi tanggungjawab penuh organisasi yang terlibat.
Hairan mengapa setiap kali adanya perkara dalaman yang berbangkit seperti ini, hanya pihak Kementerian yang dapat menghulurkan bantuan namun jika ianya untuk kebaikan bersama, mengapa tidak?
Diharapkan perbalahan seperti ini dapat diatasi secepat mungkin demi kelangsungan dan kecemerlangan reputasi kesemua pasukan kebangsaan dalam apa jua jenis sukan di mata dunia.