Musim ini saya banyak bawa pemain divisyen 3 dan 4, musim depan saya akan bawa pemain K-League 1 dan 2 ke Malaysia – Leo Jeong

985

Ketua Pegawai Eksekutif JMH Sports Agency, Leo Jeong merancang untuk membawa pemain K-League 1 dan K-League 2 beraksi di Liga Malaysia pada musim akan datang.

Katanya, musim ini beliau banyak membawa pemain-pemain dari K-League 3 dan K-League 4 serta pemain universiti untuk beraksi di Malaysia, tetapi melihat kepada tahap bola sepak di sini, beliau merasakan bahawa pemain di divisyen lebih atas juga sesuai.


“Pada musim ini saya banyak bawa pemain-pemain K-League 3, K-League 4 dan pemain universiti ke sini.

Sekarang pemain K-League 1 dan K-League 2 ada yang menghubungi saya untuk datang ke Malaysia, saya tak tahu bila jendela perpindahan buka tetapi saya harap dapat bawa lebih ramai pemain-pemain Korea Selatan ke sini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pada pendapatnya, arena bola sepak Malaysia semakin baik dan fasiliti serta stadium di sini adalah bagus berbanding negara-negara jiran.

Dalam pada itu, beliau menganggap dua pemain negara yang layak bermain di K-League 1 adalah Arif Aiman dan Faisal Halim.

Katanya, kedua-dua pemain itu mempunyai kemahiran yang baik dan mampu bersaing dengan baik di negara itu.