Dari ‘King of Malaya’, Yazan ke ‘King of Iraq Star League’

429

Bekas pemain pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini dikhabarkan telah menandatangani kontrak bersama juara liga Iraq Star League musim lalu, Al-Shorta SC. 

Pasukan yang juga merupakan sebuah kelab sukan itu melibatkan 18 jenis sukan yang berbeza dan bola sepak adalah salah satu pasukan mereka yang paling berjaya. 


Mereka pernah mengungguli liga tersebut enam kali serta memenangi Arab Club Champions Club pada tahun 1982 dan ia adalah satu-satunya pasukan yang telah menjuarai Umm al-Ma’arik Championship selama tiga kali berturut-turut. 

Di dalam Iraq Star League sahaja, Al-Short SC telah memegang rekod tanpa kalah terpanjang iaitu sebanyak 39 perlawanan dan  juga kemenangan paling banyak dalam satu musim dengn 11 kemenangan. 

Tidak dinafikan Yazan sememangnya telah berjaya mengembangkan sayap beliau ke pasukan yang amat hebat. 

Terdahulu, kontrak pemain yang berasal dari Jordan itu telah ditamatkan atas insiden menendang seorang pengadil sewaktu perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, Selangor menentang Terengganu FC September lalu. 

Lantaran itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengambil tindakan tegas buat pemain itu dengan menggantung seumur hidup dari terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak untuk mana-mana pasukan di dalam Malaysia.

Diharapkan dengan kehadiran Yazan di liga yang terbaharu, sejarah hitam seperti itu tidak lagi beliau ulangi lagi sekaligus mengekalkan mutu permainan buat para pemain di atas padang.