Esok adalah hari penentuan Kelantan FC! Masih kekal terapung atau tenggelam?
Bagi peminat Kelantan FC, tarikh 30 November 2023 merupakan hari yang cukup penting buat mereka kerana esok adalah hari penentuan buat kelab itu samada mereka akan mendapat Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan atau sebaliknya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan iaitu Ahmad Muzakkir Hamid semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah menyelesaikan 90% masalah (mungkin sekali tunggakan gaji pemain dan pegawai).
Namun ramai yang mempertikaikan kenyataan Ahmad Muzakkir itu kerana beberapa pemain The Red Warrior sendiri termasuk Mohamad Fazrul Amir menafikan sudah menerima tunggakan gaji.
Persoalannya kini, apakah situasi yang sebenar? Sudah bayar atau tidak? Jika sudah bayar mengapa ada pemain yang tampil nafi perkara itu? Harap pihak pengurusan tertinggi dapat tampil.
Pada masa sama pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham juga sudah lama tidak membuat sebarang kenyataan di media atau pun di media sosialnya.
Terdahulu, satu sidang media yang dibuat oleh First Instance Body (FIB) telah menangguhkan pemberian Lesen Kebangsaan kepada Kelantan kerana mempunyai tunggakan gaji pemain dan pegawai di dalam deklrasi 31 Ogos.
Selain dedenda RM20,000, FIB turut memberi talian hayat kepada kelab itu sehingga 30 November untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji mereka.
#BualTerus π«Άπ»ππ΄βͺοΈ
β πΉππ£ππ₯π πΉπ ππ ππππππ₯ππ (@TwtBolaKelate) November 28, 2023
Kerana berbual itu percuma, teruskan berbual tuan CEO. https://t.co/ky8XYpMsFK pic.twitter.com/mQPZ3HG0xM
FIB berkata sekiranya mereka tidak menerima sebarang bukti bayaran atau persetujuan bersama pemain dan pegawai, mereka secara automatik tidak akan mendapat Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025.
Dalam pada itu, selain masalah tunggakan gaji Kelantan juga perlu menyelesaikan kes pemain di FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).
Sekiranya mereka gagal, kelab dari Pantai Timur itu mungkin boleh membuat permohonan untuk menyertai saingan liga semi-profesional iaitu Liga M3 anjuran Amateur Football League (AFL).
Bagaimanapun tiada jaminan yang diberikan oleh AFL terhadap pasukan Kelantan kerana pihak mereka akan memberi keutamaan keapda kelab-kelab yang bernaung dibawah mereka terlebih dahulu iaitu Liga M4 dan Liga M5 sebelum mempertimbang permohonan Kelantan.
Apa pun sama-sama kita nantikan hari esok untuk menyaksikan samada apa yang diperkatakan oleh CEO Kelantan benar atau sebaliknya.