ESTL ‘rentapkan’ seluruh negeri di Malaysia dalam sukan e-Sports
2023 merupakan tahun pertama Esports State Tournament League (ESTL) mula diadakan.
Berkonsepkan perlawanan diantara negeri-negeri seluruh Malaysia, setiap negeri perlulah menghantar beberapa orang pemain bagi mewakili negeri masing-masing bagi merebut gelaran juara.
Ditemui sewaktu peringkat akhir perlawanan tersebut, Pengarah Program ESTL Muhammad Faris Faizal berkata kejohanan ini akan dimulakan dari peringkat awal iaitu ‘grouping’ dan selanjutnya, ‘play-off’ seperti hari ini.
“Pada kali ini ianya lebih kepada memberi pendedahan buat umum. Juara ESTL berkemungkinan besar akan ke kejohanan seterusnya namun ia tidak dapat kita pastikan.”
“Insha Allah, kita sekarang dalam proses untuk bentuk pasukan yang berkualiti untuk masuk ke liga akan datang. Sudah pasti target kita adalah untuk ke Mobile Legends Professional League (MPL).”
Jawabnya kepada Harimau Malaya.
Beliau yang ditemubual di ESI Hub@Spacerubix Puchong pada petang Jumaat berkata kejohanan sulung ESTL telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan serta turut menerima kumpulan jemputan iaitu PDRM dan ATM.
“Ini adalah tahun pertama buat kami dan pastinya kami ingin cuba untuk meneruskan liga ini.”
“Pada tahun-tahun akan datang, kami mengharapkan penyertaan daripada penonton bagi menghangatkan lagi perlawanan ini.”
“Semoga ianya akan menjadi lebih kompetitif dan juga mampu menjadi ‘rebranding’ buat para pemain setiap negeri.”
Juara keseluruhan kejohanan ESTL dikhabarkan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000.