Untuk 2024 saya hanya fokus pingat emas Olimpik walaupun ada banyak kejohanan lain – Soh Wooi Yik

189

Pemain badminton beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik hanya mahu memberi tumpuan kepada cabaran untuk membawa pulang pingat emas dalam Sukan Olimpik pada tahun depan.

Katanya, beliau tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri dengan meletakkan sasaran pada kejohanan-kejohanan lain dan mahu bersedia 100 peratus untuk meraih pingat emas Olimpik pertama buat negara.


“Tahun depan memang saya sasar untuk menang pingat emas Olimpik tidak kira apa pun yang berlaku, saya mahu bersedia sepenuhnya untuk kejohanan itu.

Memang banyak lagi kejohanan lain yang ada tetapi saya tak mahu letakkan tekanan banyak kepada diri, jadi memang sasaran utama adalah Olimpik,”

katanya.

Mengenai persiapan ke kejohana BWF World Tour Finals 2023 yang akan bermula 13 Disember ini, Wooi Yik berkata beliau dan pasangannya, Aaron Chia sudah melakukan beberapa jenis latihan untuk menghadapi kejohanan itu.

Beliau meletakkan sasaran awal untuk mara ke pusingan kalah mati dan melihat semua pasangan mempuyai peluang yang sama dalam kejohanan itu.

“Kita harap dapat keluar daripada peringkat Kumpulan, setiap perlawanan sangat penting kerana saya lihat semua ada peluang 50-50.

Saya rasa pihak lawan pun akan gentar dengan kita dan kita juga akan membuat persediaan rapi untuk menentang mereka.”

Tambahnya, masih terdapat perkara yang beliau dan Aaron perlu perbaiki terutamanya mengelakkan kesilapan dan tidak boleh hilang fokus ketika perlawanan.

Beliau berpendapat bahawa kesemua lawan mempunyai kekuatan serta fizikal yang sama, dan pasangan yang mempunyai strategi yang betul akan menjadi juara.