Merdeka, Merdeka, Merdeka.. apa sudah terjadi dengan Stadium Merdeka sekarang?

666

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Masih ingatkah anda pada stadium keramat tanah air – Stadium Merdeka?


Disinilah laungan ‘Merdeka!’ selama 7 kali didengari dan tersematlah semangat patriotisme dihati rakyat Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Stadium yang kini mampu menampung 45,000 orang penonton itu telah menyaksikan pelbagai kenangan manis bermula dari pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tarikh bersejarah itu.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, lokasi Sukan SEA, perlawanan Pestabola Merdeka adalah antara peristiwa yang pernah berlaku di dalam stadium itu.

Namun, mengapa jarang sekali kita lihat Stadium Merdeka menjadi pilihan utama untuk apa-apa perlawanan bola sepak, konsert dan acara untuk orang ramai?

Ianya masih boleh digunapakai, kenapa tidak dipopularkan sekali lagi?

Jika kemudahan stadium yang kurang efisyen yang menjadi punca utama, maka solusi terbaik adalah mengadakan pengubahsuaian secara besar-besaran.

Meskipun akan melibatkan ramai pihak bertanggungjawab dan menanggung kos yang sangat banyak, namun ianya adalah lebih baik untuk memanfaatkan stadium yang sudah dibina, sekaligus menambah lagi memori indah yang tercatat didalam stadium itu.

Banyak kegunaannya yang akan memudahkan rakyat Malaysia jika dilihat dari aspek jangka masa panjang.

Begitu juga kehendaknya kepada Stadium Negara kita yang semakin pudar serinya.

Stadium itu nampaknya tidak lagi digunakan untuk apa-apa upacara sejak 2018.

Barangkali kita boleh menggunapakai semula stadium-stadium ini, secara tidak langsung melindungi kemudahan serta mengekalkan kondisi stadium lain yang digunakan tanpa henti.