Semakin ramai wanita di Iran terlibat dengan badminton, ibu bapa lebih ‘supportive’ – Soraya Aghaei

351

Pemain badminton dari Iran, Soraya Aghaei melihat semakin ramai wanita Iran kini yang semakin terlibat dalam bidang sukan terutama badminton.

Katanya, ibu bapa di negara itu kini juga semakin ramai yang memberi sokongan kepada anak-anak mereka untuk menceburi bidang sukan.


“Beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai pemain yang lahir di Iran, ramai juga yang main badminton, pihak Persekutuan Badminton Iran juga semakin menyokong dan membuat lebih banyak kem latihan.

Selepas saya beraksi di Olimpik, ramai kanak-kanak yang semakin berminat dan ia sangat baik melihat ramai wanita di Iran sekarang terlibat dengan sukan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Katanya, selain badminton, ramai juga terlibat dalam sukan lain seperti bola keranjang, bola tampar dan lain-lain.

Tambahnya, beliau kini mahu menghasilkan ramai pemain yang lebih bagus daripadanya dan mampu layak ke Sukan Olimpik.