Saya faham pemain Terengganu nak saya dapat kad merah, tapi saya rasa tak patut pun – Jordi Amat
Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat tidak merasakan bahawa beliau sepatutnya dilayangkan kad merah ketika menentang Terengganu sebentar tadi.
Katanya, tiada apa-apa kesalahan yang melayakkan dirinya dilayangkan kad kuning kedua dan apa yang berlaku adalah kekasaran yang biasa.
“Memang betul kad kuning yang saya dapat itu, tetapi selepas itu ia hanyalah sebahagian daripada bola sepak, banyak aksi melibatkan bola 50-50.
Saya faham pemain Terengganu minta kad kuning kedua kepada saya tetapi saya rasa tiada apa pun,”
katanya.
Katanya, pada perlawanan akhir seperti itu, semua pemain akan bermain lebih 100 peratus jadi kekasaran adalah perkara biasa.
Sementara itu, beliau merasakan bahawa pasukannya layak untuk memenangi perlawanan itu berdasarkan persembahan yang mereka tampilkan.
“Dalam perlawanan akhir seperti ini memang banyak emosi, ia adalah perlawanan yang sukar.
Tetapi kita berjaya lakukan dan saya rasa kita layak untuk menang, kita berusaha hingga akhir dan saya gembira dengan keputusan ini.”
Tambahnya, pencapaian JDT tidak tewas sebarang perlawanan domestik pada musim ini adalah satu perkara yang menakjubkan.