Ghaibnya wakil negara dalam badminton perseorangan wanita, Siti Nurshuhaini anggap ianya ikut kemampuan individu

143

Melihatkan kemunculan wakil negara dalam kategori badminton perseorangan wanita yang seakan ‘ghaib’ di pelbagai kejohanan sukan itu, pemain badminton muda negara Siti Nurshuhaini berpendapat ianya bergantung sepenuhnya kepada kemampuan individu tersebut.

“Jika kemampuan dia sampai disitu sahaja, memang sampai situ sahaja.”

“Itu tandanya mereka tidak boleh nak ‘push’ lagi.”

Katanya kepada Harimau Malaya.

Ditemui sewaktu sesi latihan mingguan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara pagi Jumaat, beliau berkata dirinya lebih memilih untuk terus fokus dengan apa yang ada di hadapannya demi mencapai target yang disasarkan.


“Saya nak fokus dengan diri sendiri, tingkatkan training dan pelajari lagi bagaimana caranya untuk mendapatkan result match yang lebih cemerlang.”

“Saya percaya saya juga boleh mewakili skuad badminton kebangsaan mungkin dalam satu atau dua tahun lagi.”

Baru berusia 19 tahun, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Siti berkata dirinya akan sentiasa menjadikan senior-senior kategori itu sebagai seorang role model.

“Saya akan selalu jadikan semua senior saya sebagai semangat dan contoh terbaik untuk saya pergi lagi jauh.”

Disoal tentang peluangnya untuk ke kejohanan Piala Uber akan datang, Siti menjawab bahawa beliau ingin mempersiapkan diri dari pelbagai aspek mulai sekarang.

“Untuk ke Uber Cup, saya perlu perlawanan yang lebih matang lagi. Oleh itu, saya kena improve banyak perkara seperti stamina serta cara bermain di dalam gelanggang. Mentaliti juga adalah salah satu perkara penting untuk saya pertingkatkan.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen