Kecewa bukan penghalang, Ilija Spasojevic tetap gemarkan persaingan yang sihat

265

Kecewa namun tetap berjuang, itu semangat yang dipamerkan kapten pasukan Bali United FC Ilija Spasojevic setelah berakhirnya perlawanan diantara pasukan itu menentang Terengganu FC di Stadium Mizan Sultan Abidin malam semalam.

“Hampa kerana sudah mengagak situasi sebegini akan berlaku, namun kami tetap hadir kerana kami masih meletakkan harapan yang tinggi.”

Katanya.

Beliau akui pelbagai faktor yang menghalang pasukan itu untuk menmbolosi malahan satu gol waktu itu antaranya hujan lebat dan kehilangan pemain yang lebih menyerlah.


“Banyak perlawanan liga yang berlangsung ketika ini menyebabkan kami perlu rotate para pemain.”

“Cuaca kurang mengizinkan kami untuk beraksi dengan lebih baik namun kami akan terus menganalisa dan perbaiki lagi prestasi.”

Kapten pasukan itu dilihat sentiasa menyebarkan aura positifnya dengan mengganggap ianya kekal suatu persaingan yang sihat diantara dua pasukan di kejohanan AFC Cup ini.

Beliau sempat merakamkan ucapan tahniah buat skuad Penyu serta mendoakan kejayaan pasukan tersebut di liga Malaysia buat musim akan datang.