FAM dicadang ‘duduk semeja’ dengan fans?

189

Isu mengenai kemerosotan prestasi pasukan kebangsaan dan kegagalan FAM masih menjadi bualan hangat peminat bolasepak tempatan sehingga kini.

Pelbagai pandangan dan pendapat muncul tentang penambahbaikan yang patut dibawa FAM terutamanya bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023. Jadi, mengapa FAM sendiri tidak menganjurkan sesi perbincangan terbuka bersama penyokong?


Sebagai penyokong, suara fans juga berhak didengari. Peminat semua pastinya mengharapkan yang terbaik bagi bolasepak negara. Dengan syarat, FAM perlulah bertindak transparent dan mengakui kelemahan yang ada dalam bolasepak negara selama ini. Sesi dialog tersebut perlu dijalankan dengan minda dan hati terbuka oleh kedua belah pihak.

Ini juga adalah sebagai inisiatif yang perlu dilakukan FAM dalam memperbaiki liga Malaysia melalui cadangan-cadangan yang dikemukakan peminat. Mungkin penyokong juga boleh melantik beberapa orang yang layak untuk mewakili suara peminat, misalnya dari Ultras, bagi menyampaikan hasrat mereka terhadap bolasepak negara.

UM’07 adalah antara yang dikatakan wakil yang sering membawa ‘suara penyokong’

Daripada membiarkan fans terus menghentam, lebih baik FAM sendiri bertemu empat mata bagi menjelaskan keadaan dan berbincang mengenai solusi dari permasalahan yang dihadapi ketika ini. Ini adalah tindakan rasional yang dilihat paling sesuai ketika ini, kerana FAM sendiri sentiasa ‘berdalih’ bahawa itu atau ini bukan jalan penyelesaiannya.

Jadi kenapa tidak FAM menganjurkan sesi ini dan menjawab persoalan fans selama ini?

Penyokong juga harus mempertimbangkan sama ada perkara yang ingin disuarakan adalah wajar atau tidak supaya perbincangan tersebut menemui kata sepakat dan jalan penyelesaian terbaik dalam setiap aspek yang dibincangkan.