Penyokong Melaka terima Justin Baas dengan ‘hati terbuka’

344

Penyokong Melaka United menyatakan mereka tiada masalah dengan pemain import baru mereka musim ini, Justin Baas yang merupakan pemain kebangsaan Filipina yang pernah dikatakan bersikap kurang ajar dengan pemain kebangsaan sewaktu pertembungan Malaysia dan Filipina di SEA Games 2019.

Mengulas pendapat seorang penyokong yang  juga merupakan ketua bagi Ultras Taming Sari, Lekir Ahmad berkata:


“Dia tak ada buat apa-apa kesalahan di Melaka buat masa ini. Berkaitan isu bersama pasukan negara, yang dah berlalu biarkan saja. Lagipun ini adalah isu berbeza, jadi mungkin tak perlu diungkit”

Ujarnya kepada Harimau Malaya

Kehadiran Justin Baas nampaknya tidak menimbulkan sebarang keresahan kepada penyokong bolasepak Melaka kerana menganggap ‘perangai budak nakalnya’ itu adalah sesuatu yang baik bagi pasukan mereka dari segi psikologinya. Ini pendapat seorang fans yang dikenali sebagai Mijot.

“Sebagai penyokong Melaka, saya tidaklah teruja sangat dengan berita tersebut, tetapi ‘perangai nakal’ Baas setakat hanya di atas padang tiada masalah bagi saya”

Katanya kepada Harimau Malaya

Namun, pengumuman tersebut membuatkan penyokong skuad kebangsaan terkenangkan semula insiden tersebut dan nampaknya mula triggered? Atau mungkin penyokong pasukan lain yang sebenarnya rasa tidak puas hati dengan kehadiran Baas dalam liga tempatan? 

Video Baas ketika peristiwa yang dianggap ‘kurang ajar’ kepada pasukan muda negara di Sukan SEA 2019