Sah Stadium MBPJ, apa pula cerita dengan SSA dan KSSA?

382

Perburuan stadium ‘tuan rumah’ buat skuad The Red Giants ibarat tidak menemui kesudahannya.

Bagaikan mencurah air ke daun keladi, Stadium Shah Alam yang sudah berbakti selama 29 tahun masih belum dirobohkan meskipun sudah hadirnya inisiatif dalam mewujudkan stadium baharu yang dinamakan ‘Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA)”.


KSSA yang dijangka siap menjelang tahun 2026 dilaporkan memncecah kos projek sebanyak RM787 juta, punyai keluasan sebesar 76.08 hektar dan mampu memuatkan kira-kira 35,000 hingga 45,000 penyokong.

Sebanyak 60 peratus kawasan didalam kompleks sukan itu tercipta buat sukan termasuk gelanggang ‘indoor’, dewan serbaguna, masjid, hotel, ruang acara, ruang jualan, serta lokasi konsert dan lebihan 40 peratus adalah kawasan rekreasi awam.

Padang di KSSA turut dilengkapi ciri-ciri moden – teknologi ‘retractable pitch’ yang boleh bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.

Pasukan Selangor FC yang telah disahkan sendiri pihak MFL atas kelayakan mereka untuk bermain di peringkat Asia untuk musim 2024/2025 setelah menamatkan kempen sebagai Naib Juara Liga Super 2023.

Ianya merupakan hasil kemenangan tunggal pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu menentang Kedah Darul Aman FC 2 Disember lalu. 

Namun atas segala kemajuan yang berlaku dan sedang dirancang buat pasukan itu, mengapa ianya masih belum mendapat keputusan yang muktamad mengenai stadium ‘tuan rumah’ pasukan itu?

Stadium MBPJ yang pada mulanya hanya menjadi stadium sewaan sementara untuk skuad itu nampak gayanya akan terus memegang status itu buat masa yang lebih lama.

Pelbagai aspek kelayakan turut diambil kira dalam membenarkan stadium itu menjadi lokasi ‘tuan rumah’ buat The Red Giants.

Apakah tindakan pihak pengurusan Selangor FC dan juga kerajaan negeri yang memberi penajaan utama buat pasukan ini?

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga dilihat perlu membuat beberapa baik pulih untuk stadium itu sekiranya bersungguh ingin mempamerkan ia ke peringkat bertaraf Asia.

Diharapkan dengan kerjasama erat diantara pihak yang terbabit ini akan dapat membantu mencantikkan semula stadium MBPJ, sekali gus mempercepatkan proses pecah tanah Stadium Shah Alam serta persiapan KSSA bagi kegunaan Selangor FC di musim-musim yang mendatang.