Dengan kemasukan ‘coach’ Juan Torres dan Shukor Adan, pemain lebih serasi dan faham taktikal – Harith Haiqal

115

Ketua pasukan skuad B-23 kebangsaan, Harith Haiqal berpuas hati dengan ujian pertama pasukan itu dalam dua perlawanan berdepan China.

Beliau mengakui terdapat beberapa perubahan yang dapat dilihat dalam skuad kali ini berbanding sebelum ini.


“Kalau nak bandingkan dengan pasukan sebelum ini, dengan kemasukan jurulatih Juan Torres dan Shukor Adan, saya rasa banyak yang berubah.

Saya lihat pemain lebih selesa, serasi dan faham taktikal yang diterapkan, jadi saya sangat puas hati dengan skuad kali ini,”

katanya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan persahabatan menentang China B-23 yang menyaksikan Malaysia tewas 2-1.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan, terutamanya di bahagian pertahanan.

Harith percaya skuad itu akan menjadi lebih kuat pada masa hadapan sekiranya mereka mampu mempertingkatkan lagi tahap permainan.

Tambahnya, mereka juga harus yakin untuk turun beraksi tidak kiralah beraksi menentang mana-mana pasukan sekalipun.

“Tak kisahlah bermain menentang sesiapa pun, kalau kita tak yakin baik kita menyerah saja sebelum bermain.

Tidak kiralah lawan itu kuat sekalipun, jika kita yakin Insya Allah semua benda yang kita buat akan berjalan lancar.”