Kemunculan Jalil Elias bukti ‘underdog’ JDT tetap ditahap luar biasa?
Underdog macam manakah yang dimaksudkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) kepada kelab naungannya, Johor Darul Ta’zim (JDT)?
Didalam suatu hantaran komen di Instagram kelab itu minggu lalu, Baginda mengakui beberapa barisan pemain yang akan keluar, selain menyelitkan ianya suatu proses penjimatan.
Sehinggakan harga tiket ‘tuan rumah’ dijual dengan harga serendah RM10 demi menggalakkan kehadiran penyokong ke stadium.
Namun begitu, kelab lain tetap tidak boleh cepat selesa memikirkan kenyataan tersebut.
Nilaikan sahaja kelogikan kata-kata itu, melihatkan kegemilangan pasukan JDT sepanjang sedekad ini.
Ternyata, kelab yang telah mengungguli Liga Super selama 10 tahun berturut-turut serta menjulang piala AFC pada tahun 2015 itu telah menjangkau langkah yang lebih pantas dari pasukan-pasukan lain.
Buktinya semalam, pasukan itu telah mengumumkan bahawa pemain tengah, Jalil Elias telah secara rasmi menandatangani kontrak bersama kelab itu.
Ianya sekaligus merupakan pemain import termahal yang pernah dibeli dengan harga mencecah RM15.2 juta!
Kehadirannya yang bagaikan sebagai ganti pemain import lain – Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez, boleh percaya ke ini tindakan sebuah pasukan underdog?
‘Penjimatan’ ini adalah bukti bahawa kenyataan underdog JDT tetap di tahap luar biasa!
Ramai pemain hebat yang lain difahamkan akan keluar musim ini, antaranya seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri dan Adam Nor Azlin.
Selain itu, seramai pemain akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan juga penjaga gol, Haziq Nadzli.
Berbekalkan pemain-pemain yang masih ingin dan dipilih untuk kekal bersama JDT, barangkali juga semua ini adalah suatu langkah untuk membuktikan bahawa kelab itu tetap akan dapat mengekalkan ‘takhta’ didalam carta liga meskipun dengan keluarnya bintang-bintang hebat.
Jumlah pemain yang akan dibawa masuk mungkin tidak seramai yang bakal keluar.
Berusia 27 tahun, Jalil dipercayai akan menjadi penguat benteng pertahanan sekaligus menambah asakan sengit didalam pasukan itu.
Sebelum ini, Jalil beraksi bersama kelab dari Argentina, CA San Lorenzo de Almagro (San Lorenzo).
Sebagai rekod, Jalil sempat menghadiahkan lima jaringan gol serta tiga bantuan gol (assist) selama 117 kemunculan beliau dalam hampir genap tiga tahun bersama kelab tersebut.
Aksi pertama beliau tahun ini dapat disaksikan sewaktu perlawanan persahabatan Syria menentang Malaysia pada Isnin hadapan, seminggu sebelum perlawanan pertama skuad kebangsaan di Piala Asia 2023.
Selain Jalil, JDT bakal menerima kehadiran pemain bek kanan, Azam Azmi setelah lebih empat tahun beliau bersama Terengganu FC.