Penghargaan besar ada di Piala Asia 2023, Junior Eldstal teruja Kim Pan-gon realisasikan impiannya
“Ianya suatu penghargaan besar untuk berada disini.”
Itu komen jujur pemain pertahanan, Junior Eldstal dalam mengambarkan keterujaannya kerana terpilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 setelah 44 tahun menanti sinar.
Bagi beliau, ianya penting untuk setiap pemain mengingati bahawa kehadiran Malaysia ke sana bukanlah sekadar memenuhi syarat sahaja.
“Kita bukan datang participate sahaja, kita datang nak compete.”
“Perlu sentiasa percaya dengan pasukan, kekal fokus untuk membangga negara dan enjoy setiap detik ini.”
Katanya.
Junior turut merasakan jurulatih kebangsaan, Kim-Pan gon telah merealisasikan impiannya untuk beraksi bersama Harimau Malaya lagi.
“Beliau tahu menilai kualiti dalam permainan saya, bila dan ketika waktu yang terbaik untuk menggunakan saya. Saya letak sepenuh kepercayaan kepadanya.”
Tidak menafikan kehebatan skuad sekumpulan, beliau optimis bahawa pasukan kebangsaan tetap mampu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.
“Menentang Jordan, Bahrain dan Korea sememangnya suatu perkara yang sengit, namun kita juga punyai game plan kita.”
Dirinya turut menganggap perlawanan persahabatan bersama pasukan Syria pada Isnin hadapan boleh dijadikan suatu percubaan bagi menilai kebolehan pasukan sebelum sepak mula Malaysia pada 16 Januari kelak.
“Kami pernah menentang mereka sebelum ini, tahap mereka juga sama seperti pasukan Jordan maka kami perlu terus kekal dengan game plan dan kami sememangnya sudah bersedia.”
Junior sempat menzahirkan ucapan terima kasih tak terhingga kepada Ekor Harimau Malaya yang turut serta hadir ke Qatar demi memberikan sokongan moral dan menyuntik semangat kepada bintang bola sepak negara.
“Ia adalah suatu pengalaman yang hebat buat semua.”