Tujuh kali rekod kekalahan sepanjang menentang Bahrain, gaya kejurulatihan Juan Antonio Pizzi teruskan risiko buat Malaysia?

529

Dapatkah skuad Harimau Malaya ‘mengaum lebih kuat’ sehingga berjaya memecahkan rekod kejuaraan pasukan Bahrain di kejohanan Piala Asia kali ini?

Kali terakhir ianya berlaku adalah pada Piala Presiden 46 tahun yang lalu, dengan kemenangan 1-2.


Barangkali waktu ini risikonya masih ke sama melihatkan sentuhan jurulatih berpengalaman, Juan Antonio Pizzi yang mungkin dapat terus mengekalkan reputasi pasukan Bahrain.

Sebagai rekod, bekas penyerang itu sering mencatatkan persembahan terbaik sehingga pernah menghadiahkan sebanyak 92 jaringan gol dalam 221 jumlah perlawanan sepanjang beliau beraksi di LaLiga.

Memulakan karier kejurulatihan beliau sejurus selepas bersara, Pizzi turut berkesempatan untuk mengemudi pasukan Arab Saudi di Piala Dunia 2018.

Antara pasukan lain yang pernah menerima khidmat beliau adalah pasukan San Lorenzo, Valencia, Chile dan Al Wasl.

Menyebut kepada fifa.com suatu ketika dahulu, Pizzi berkongsi bahawa beliau lebih memfokuskan kepada penguasaan bola, kebijaksaan mencipta peluang serta ketegasan taktikal dan serangan didalam gaya kejurulatihannya.

Beliau bukanlah seorang menggemar corak permainan ‘lone hero’, dimana pemain hanya terus memainkan posisi masing-masing di atas padang.

Katanya, ianya adalah lebih baik jika satu pasukan dapat bersatu padu demi mencapai misi bersama.

Menurutnya, menjadi seorang jurulatih merupakan salah satu cara untuk kekal ‘berhubung’ dengan sukan bola sepak.

Namun, sepanjang dirinya dipertanggungjawabkan untuk menjadi jurulatih pasukan Bahrain sejak pertengahan tahun lalu, reputasi skuad itu seakan goyah dan tidak begitu konsisten.

Didalam tujuh perlawanan pasukan nasional Bahrain setakat ini, hanya tiga daripadanya mencatatkan kemenangan.

Tiga pasukan yang pernah mereka kalahkan sepanjang tempoh itu adalah Kyrgryzstan, Filipina dan Yemen.

Mereka pernah mendapat mata seri satu kali waktu itu dan merekodkan tiga kali kekalahan selebihnya.

Mungkin ini adalah ruang dan peluang terbaik buat Malaysia untuk menyangkal sangkaan dan rekod cemerlang pasukan Bahrain kali ini?

Saingan pastinya sengit namun bintang-bintang Harimau Malaya pastinya akan dapat memberikan persembahan terbaik lebih-lebih didalam kejohanan yang tidak dapat Malaysia jejaki sejak 44 tahun lalu.