Indonesia beraksi tanpa Saddil Ramdani, kriteria bagaimanakah jadi pilihan Shin Tae-yong wakili tim nasional di Piala Asia?

410

Pasukan Indonesia yang bakal muncul menentang Iraq 15 Januari di Piala Asia kelak nampaknya memilih untuk beraksi tanpa bintang tengah mereka, Saddil Ramdani, sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Pilihan tersebut yang diumumkan baru-baru ini menimbulkan tanda tanya ramai penyokong tegar bola sepak tanah air, melihatkan prestasi cemerlang beliau di atas padang.


Tambahan pula, posisi Saddil akan digantikan dengan pemain lain bernama Adam Alis.

Apakah punca jurulatih Indonesia Shin Tae-yong membuat kejutan sedemikian?

Tiga kemungkinan boleh berlaku, iaitu kondisi kecederaan, prestasi menurun, juga perubahan dari segi penyesuaian taktikal permainan.

Adakah mungkin juga ia disebabkan kontroversi enam bulan lalu yang menyebabkan ramai warga Indonesia sedikit kecewa dengan pemain yang menyarung jersi nombor 7 skuad Garuda itu.

Julai tahun lalu, Saddil terpalit isu menyanyikan lagi Negaraku dengan begitu bersemangat dan fasih hingga mendatangkan ura-ura bahawa dirinya sedang dirisik pasukan negara jiran (Malaysia) untuk dijadikan pemain naturalisasi.

Mungkin juga peristiwa itu telah membuatkan ramai pihak ikut tawar hati dengan tingkah laku tersebut.

Jika ada kebanyakan penyokong yang lebih mempercayai ianya tentang kecederaan, namun tiada sebarang berita sahih yang mengeluarkan kenyataan itu mengenai Saddil.

Soal prestasi pula, sudah tidak dinafikan bahawa pemain itu banyak merekodkan reputasi yang amat cemerlang, lebih-lebih lagi bila diperhatikan aksi beliau bersama Sabah FC.

Sepanjang musim lalu sahaja, Saddil telah menjaringkan 17 jumlah gol berserta 29 bantuan gol (assist) didalam 88 kali penampilannya bersama pasukan itu.

Ianya sekali gus menjadikannya antara pemain yang berharga di Sabah.

Prestasi permainan di skuad kebangsaan Indonesia juga tidak kurang hebatnya dengan empat jaringan gol dan enam bantuan gol (assist) didalam 33 kali kemunculan beliau.

Jauh sekali tahapnya untuk disaingi pemain yang akan menggantikan Saddil iaitu Adam Alis yang hanya pernah menghadiah dua gol bersama tiga bantuan gol (assist) didalam 22 perlawanan yang beliau diturunkan.

Apakah kredibiliti pilihan yang memikat hati Tae-yong bagi mewakili pasukan nasional ketika ini?

Barangkali beliau pastinya lebih arif dalam menilai serta meneliti secara mendalam tentang siapakah yang paling layak diberikan peluang untuk beraksi di peringkat Asia kali ini.