Saya akan buat apa saja untuk menang dan percaya kami mampu mara ke pusingan 16 Piala AFC – Dion Cools

77

Pemain pertahanan sensasi pasukan kebangsaan, Dion Cools memberitahu beliau akan memberikan komitmen tertinggi dalam usaha untuk memastikan Malaysia mampu memenangi perlawanan dalam kempen Piala Asia 2023.

Cools juga menyuarakan keyakinannya terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya dalam kempen kali ini dan percaya mereka mampu mara ke pusingan 16.


“Sudah tentu saya akan buat apa sahaja bagi memastikan pasukan dapat memperoleh kemenangan nanti.

Ia akan menjadi pencapaian yang cukup menakjubkan jika kita mampu layak ke pusingan seterusnya dan saya sangat percaya bahawa pasukan kami mampu melakukannya,”

katanya.

Pemain warisan kacukan Malaysia-Belgium itu terus mempamerkan semangat patriotik yang cukup tinggi sama seperti ketika beliau membantu skuad negara menamatkan kemarau lebih 40 tahun layak ke kejohanan paling berprestij di Asia secara merit.

Beliau yang berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E dalam kelayakan telah menyatakan yang beliau tidak pernah berasa menyesal langsung untuk menyarung jersi negara, malah beliau juga sanggup mati demi negara tercinta.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon akan memulakan kempen Piala Asia mereka pada 15 Januari nanti menentang Jordan di Stadium Al Janoub.

Dalam pada itu, Cools juga tidak melihat kelebihan pasukan lawan dari segi fizikal akan memberikan impak besar kepada mereka kerana negara mempunyai pemain yang cukup lincah.

“Ya mereka mungkin sedikit tinggi dari kami tapi kita mempunyai pemain-pemain yang cukup lincah di atas padang.

aya secara peribadi juga mengakui sukar apabila bermain dengan pemain bertubuh kecil jadi kita boleh gunakan ia sebagai kelebihan kita juga, jadi bagi saya tiada masalah untuk kami nanti.”